MEMPERKASAKAN PERLAKSANAAN GO GREEN DALAM KALANGAN PELAJAR.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami akan membincangkan serba sedikit tentang penggunaan go green dalam kalangan pelajar. Kami harap blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar.
Pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar.
Perbincangan keperluan generasi muda yang harus diberi kesedaran kelestarian alam sekitar menerusi institusi pendidikan, maka kajian ini ingin meneliti sejauh mana murid-murid dan pelajar yang berada di sekolah rendah mahupun IPTA/IPTS berilmu dalam pengetahuan dan mengamalkannya. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian disasarkan untuk meneliti apakah tahap pengetahuan hijau dan tahap amalan hijau murid-murid sekolah rendah dan para pelajar IPT. Seterusnya kajian juga menganalisis perkaitan hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau.
Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan beg plastik ini, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan serta pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik. Antara langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta pasar raya.
Justeru, kesedaran menjaga alam sekitar melalui pendidikan merupakan titik perubahan yang paling berpengaruh dalam masyarakat untuk mempertingkatkan pembangunan yang mampan dan memperbaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar. Institusi pendidikan seperti sekolah menjadi saluran utama pendidikan alam sekitar kepada masyarakat yang ada pada hari ini supaya pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan tindakan yang betul dalam menangani isu alam sekitar. Kanak-kanak di sekolah harus terlibat secara langsung dalam usaha kelestarian alam sekitar kerana kelompok ini juga menerima kesan krisis tenaga, perubahan iklim, pencemaran alam sekitar dan pengetahuan amalan kelestarian golongan awal usia ini amat berpontensi mempengaruhi amalan mereka pada masa hadapan bersama ibu bapa.
Peranan pendidikan sebagai asas untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya. Pendidikan awal yang diberikan mampu membentuk kumpulan murid yang peka tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Jika diteliti pada peringkat umur tujuh hingga sebelas tahun, kanak-kanak berada dalam keadaan tawanan kepada fenomenologi mereka sendiri kerana corak pemikiran mereka, walaupun menjadi logik, fleksibel dan teratur, masih terikat kepada objek sebenar, segera atau boleh dilihat.
Dalam meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar di sekolah, cara yang berkesan adalah dengan mempraktikkan amalan hijau dalam kalangan warga sekolah. Pelaksanaan aktiviti boleh dilaksanakan sewaktu kokurikulum yang memberi kesan positif kepada penglibatan pelajar. Malah pihak pentadbir iaitu pengetua berperanan dalam memberi galakan kepada guru dan pelajar untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang lebih baik pengisiannya . Dalam konteks kesedaran amalan hijau, ia merangkumi dua aspek penting iaitu pengetahuan amalan hijau dan amalan hijau itu sendiri.
Program ini dijalankan di semua IPTA/IPTS yang dikendalikan oleh pelajar itu sendiri. Para pelajar bertanggungjawab untuk mempromosikan Kempen Go Green - Tanpa Beg Plastik di sekitar kolej mereka ini kepada pelajar-pelajar yang lain serta dapat berkongsi lebih maklumat tentang penggunaan beg plastik.
Kempen Go Green ini amat wajar dilaksanakan bukan sahaja di peringkat IPTA/IPTS, malahan diamalkan secara menyeluruh di Malaysia. Kempen sebegini memerlukan sokongan dari semua pihak terutamanya para pesakit. Ini bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya serta dapat menghasilkan impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara dan kesihatan rakyat.
Terima kasih kerana membaca. Dibawah ini adalah nama kumpulan kami :)
NAMA KUMPULAN :
1) SITI BALQIS BINTI MAT MUHARAM (17DDT19F1027)
2) NUR AFIQAH SYIRAH BINTI DZARIN (17DDT19F1063)
3) SITI ZUHAIRAH BINTI SHAHARRUDDIN (17DDT19F1987)
4) ALIAH MASTURA BINTI BADRON (17DDT19F1085)
3) SITI ZUHAIRAH BINTI SHAHARRUDDIN (17DDT19F1987)
4) ALIAH MASTURA BINTI BADRON (17DDT19F1085)


Comments
Post a Comment