Posts

MEMPERKASAKAN PERLAKSANAAN GO GREEN DALAM KALANGAN PELAJAR.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami akan membincangkan serba sedikit tentang penggunaan go green dalam kalangan pelajar. Kami harap blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar. Perbincangan keperluan generasi muda yang harus diberi kesedaran kelestarian alam sekitar menerusi institusi pendidikan, maka kajian ini ingin meneliti sejauh mana murid-murid dan pelajar yang berada di sekolah rendah mahupun IPTA/IPTS berilmu dalam pengetahuan dan mengamalkannya. Unt...